Khamis, 12 Februari 2009

BOIKOT...SEMENTARA ATAU SELAMANYA...?

Hujung minggu lalu saya ke kedai video untuk mencari filem rujukan bagi skrip drama terbaru yang bakal disiarkan di TV3. Anak kecil pula meragam. Abang dan kakaknya cuba memujuk dengan VCD Tom & Jerry.

Berikut adalah dialog realiti antara saya dan anak-anak :

SAYA : Jangan beli dulu. Disney... boikot.

ABANG : (MUKA MASAM/KECEWA) Hemmm ok. Tapi bila boleh beli, mak?

SAYA : Tunggu lah dulu...

ABANG : Ye lah..Ye lah.. Tapi bila boleh beli? (NADA TAK SABAR)

SAYA : (DIAM)

ABANG : (MENDESAK) Nak tunggu sampai bila, mak?

SAYA : Sampai Amerika bertobat.

ABANG : Hah! Nak tunggu Amerika bertobat??

KAKAK : Hemmm....mesti lama lagi tu kan, mak?

SAYA : Lama lagi lah kot...

1 ulasan:

Goodboy berkata...

Anak-anak kita tak tahu apa itu boikot. Pada mereka hanyalah keseronokan dan minat, minat pada kartun. mereka tak tahu tom & jerry tu product amerika. Kalau tom & jerry tu dilukis oleh orang malaysia pun mungkin disuruh beli juga.
Kalau dilihat jalan cerita untuk tom & jerry tu amat ringkas dan mudah,....kucing mengejar tikus. dalam situasi apa pun,...ia tetap kucing mengejar tikus.
Dicadangkan, kalau maizurah tak nak bagi anak2 tengok product walt disney,..cuba alihkan minat mereka ke cerita Upin & Ipin.
Kalau nak ambil faedah dari cerita,..cuba ambil contoh walt disney buat cerita utk kanak-kanak,...kucing mengejar tikus. sampai bila-bila pun kucing mengejar tikus.