Khamis, 12 Februari 2009

BOIKOT...SEMENTARA ATAU SELAMANYA...?

Hujung minggu lalu saya ke kedai video untuk mencari filem rujukan bagi skrip drama terbaru yang bakal disiarkan di TV3. Anak kecil pula meragam. Abang dan kakaknya cuba memujuk dengan VCD Tom & Jerry.

Berikut adalah dialog realiti antara saya dan anak-anak :

SAYA : Jangan beli dulu. Disney... boikot.

ABANG : (MUKA MASAM/KECEWA) Hemmm ok. Tapi bila boleh beli, mak?

SAYA : Tunggu lah dulu...

ABANG : Ye lah..Ye lah.. Tapi bila boleh beli? (NADA TAK SABAR)

SAYA : (DIAM)

ABANG : (MENDESAK) Nak tunggu sampai bila, mak?

SAYA : Sampai Amerika bertobat.

ABANG : Hah! Nak tunggu Amerika bertobat??

KAKAK : Hemmm....mesti lama lagi tu kan, mak?

SAYA : Lama lagi lah kot...

Selasa, 27 Januari 2009

DIALOG KEAMANAN-PROF JOSE RAMOS-HORTA

Entah kenapa, saya tidak teruja langsung mendengar ucaptama dan dialog Prof Jose Ramos-Horta. Sedangkan dia adalah Presiden Timor-Leste dan penerima anugerah Nobel Keamanan 1996. Kenapa, ya? Ada yang tak kena dengan saya? Atau pakcik tu yang tak kena? Memandangkan pakcik tu adalah pemenang anugerah nobel, tidak berani lah saya menuduh dia. Mungkin saya yang bermasalah pada hari itu. Tajuk ucaptamanya, Is long lasting peace an attainable dream?. Ia anjuran International Peace Foundation.


Saya harap untuk mendapat inspirasi dan semangat dari dialog ini. Tapi hampa. Soalan peserta boleh tahan, tapi jawapannya tidak begitu memberangsangkan. Malah pertanyaan seorang pelajar tidak pula dijawab kerana kesuntukan masa. Pakcik itu nengambil masa yang panjang untuk menjawab satu-satu soalan yang diajukan kepadanya. Pelajar Cina itu bertanya, "apa pandangan prof tentang penggunaan satu bahasa untuk menyatukan pelbagai bangsa dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia?".

Dan malam ini, saya termenung di depan komputer. Apa tidaknya, saya diminta menulis satu rencana analisis tentang dialog berkenaan untuk sebuah majalah. Tarikh akhirnya, esok! Sesungguhnya, saya tidak tahu apa hendak 'goreng' malam ini....

Khamis, 1 Januari 2009

BUNGA API DI KL, BOM DI GAZA

Jam 12 malam. Kedengaran bunyi letupan bunga api di kawasan pangsapuri saya. Terus teringat pada Gaza. Di sini meletup, di sana juga meletup. Tapi di sana adalah letupan bom. Israel menyerang Gaza. Dan adakah kita peduli? Tidak ramai yang peduli. Kononnya apa yang berlaku di Palestin tidak ada kena mengena dengan kita. Hakikatnya, huru hara yang berlaku di dunia sekarang - kemelesetan ekonomi, kejatuhan Dolar Amerika Syarikat, kenaikan mendadak harga emas, kekurangan air bersih, kekurangan lain-lain sumber berharga dan sebagainya - bertitik tolak dari kerja 'dalang-dalang' di belakang tabir Jerusalem. Elit yang mengebom Gaza adalah elit yang sama yang 'menjatuhkan' ekonomi Amerika Syarikat (AS). Ekonomi AS bukan jatuh dengan sendiri, tetapi 'dijatuhkan'.....

Baca seterusnya dalam
http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com