Selasa, 27 Januari 2009

DIALOG KEAMANAN-PROF JOSE RAMOS-HORTA

Entah kenapa, saya tidak teruja langsung mendengar ucaptama dan dialog Prof Jose Ramos-Horta. Sedangkan dia adalah Presiden Timor-Leste dan penerima anugerah Nobel Keamanan 1996. Kenapa, ya? Ada yang tak kena dengan saya? Atau pakcik tu yang tak kena? Memandangkan pakcik tu adalah pemenang anugerah nobel, tidak berani lah saya menuduh dia. Mungkin saya yang bermasalah pada hari itu. Tajuk ucaptamanya, Is long lasting peace an attainable dream?. Ia anjuran International Peace Foundation.


Saya harap untuk mendapat inspirasi dan semangat dari dialog ini. Tapi hampa. Soalan peserta boleh tahan, tapi jawapannya tidak begitu memberangsangkan. Malah pertanyaan seorang pelajar tidak pula dijawab kerana kesuntukan masa. Pakcik itu nengambil masa yang panjang untuk menjawab satu-satu soalan yang diajukan kepadanya. Pelajar Cina itu bertanya, "apa pandangan prof tentang penggunaan satu bahasa untuk menyatukan pelbagai bangsa dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia?".

Dan malam ini, saya termenung di depan komputer. Apa tidaknya, saya diminta menulis satu rencana analisis tentang dialog berkenaan untuk sebuah majalah. Tarikh akhirnya, esok! Sesungguhnya, saya tidak tahu apa hendak 'goreng' malam ini....

1 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Tahniah kerana tetap rajin berkarya.